Thursday, July 30, 2009

MENCARI DAMAI DI HATI

Seperti manusia lain, ada masa pasangan anda menghadapi masalah -- di tempat kerja atau di rumah. Atau, dia mungkin marah sesuatu. Mungkin juga dia kepenatan. Dalam keadaan begitu, dia ingin masa sendirian.

Ya, walaupun anda berdua telah berumahtangga, ada ketikanya pasangan anda memerlukan masa sendirian. Ia mungkin berbentuk berada dalam bilik tidur seorang diri, menonton tv tanpa anda di sisi atau keluar memandu untuk mengambil angin petang.

Dalam keadaan itu usah desak dia untuk bersama anda. Biarkan dia mencari damai di hati sendirian.

Ada kala masa sendirian yang diperlukannya itu terlalu singkat, 10 atau 15 minit sudah memadai. Ada waktu, ia mungkin sampai dua atau tiga jam. Berikan "ruang" kepada dia. 

Usah fikirkan yang negatif apabila pasangan anda meminta untuk sendirian. Dia bukan menolak anda, atau tidak menghargai kehadiran anda di sisinya.

Masa sendirian membolehkannya "bernafas" dan berfikir -- "soul searching". Ia adalah satu terapi yang mujarab.

Selepas seketika sendirian, dia akan kembali bersama anda -- pasangan yang dicintainya!

2 comments:

  1. Setuju....alhamdulillah kami berdua mempraktikkan perkara ini....memang perlu mencari kedamaian di hati...we need a break and space...pernah drive sorang just to be alone....same goes with him...bila balik no question asked...

    ReplyDelete
  2. amat bersetuju kekadang kita perlukan ruang untuk diri sendiri bukan bermaksud tidak mahu berkongsi namun ada perkara tidak boleh diluahkan pada waktu tersebut

    ReplyDelete